Dakwah Islamiah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Untuk mencapai matlamat tersebut banyak halangan yang terpaksa dihadapi oleh dakwah, yang datang dari berbagai-bagai pihak . Namun keadaan tersebut tidaklah bererti bahawa adakalanya dakwah tidak menghadapi apa-apa masalah . Jadi yang dimaksudkan dengan rintanagan dakwah ialah masalah –masalah yang lahir disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu yang sepatutnya tidak ada.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh dakwah sekarang terdapat pada beberapa tempat,yaitu :
1. Pendakwah.
2. jentera dakwah atau organisasi dakwah
3. Sasaran dakwak.
4. Musuh dakwah.
1. Pendakwah tidak dapat menghayati akhlak yang baik atau tiada qudwah hasanah dalam kehidupan mereka . Pendakwah sekarang selalunya membawa risalah dakwahnya melalui lisan dan tidak membawanya melalui kelakuan dan amalan harian.
2. Kabur dalam memahami Islam secara keseluruhan yang menyebabkan berlakunya perselisiham pendapat, yang dalam sesetengah hal adalah agak ketara . Konsep ‘Ala Basirah, iaitu objektif dan usaha kerja dakwah yang terang dan jelas yang menjadi syarat dalam sesuatu dakwah itu masih belum dihayati oleh kebanyakan pendakwah sekarang. Masing-masing pendakwah menekankan hanya objektif tertentu atau bahagian-bahagian tertentu sehingga boleh menafikan objektif-objektif lain yang diberi penekanan oleh orang lain. Akibatnya, dakwah menjadi celaru dan tidak setabil.
3. Pendakwah tidak cuba mengikut satu manhaj dakwah yang betul. Ramai pendakwah sekarang masih tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang uslub dakwah, strategi dakwah, adab dakwah, keadaan sasaran dan sebagainya, walaupun perkaraperkara itu penting dalam dakwah. Akibatnya, ramai pendakwah seolah-olah meraba-raba dalam melaksanakan tugas ini.
4. Sikap pendakwah sekarang yang berkecimpung di dalam dakwah bukan kerana didorong oleh kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tetapi kerana dorongan penghidupan. Dengan itu, pendakwah sekarang yang bekerja di pejabat atau makan gaji menunggu-menunggu gaji dan kenaikan pangkat dalam kerjayanya itu .

0 komentar:
Posting Komentar