Senin, 07 Juni 2010

SASARAN DAKWAH

Secara kasarnya sasaran dakwah terbahagi kepada dua golongan, yaitu orang Islam dan orang bukan Islam. Kedua-dua sasaran ini perlu didakwahkan . Namun, pada kedua-duanya terdapat masalah. Bagi masyarakat Islam, walaupun pada asalnya tidak membawa masalah kepada dakwah, tetapi tidak kurang masalah yang diberikan berbanding dengan masalah yang datang daripada orang bukan Islam.

Masalah dikalangan orang Islam pertamanya ialah persebatian masyarakat Islam dengan warisan yang dipusakai, termasuklah dalam hal kefahaman tentang Islam. Warisan ini adalah berupa samada peninggalan bukan Islam yang masih wujud yang menjadi kepercayaan dan amalan orang Islam sedangkan ia bertentangan dengan Islam, ataupun berupa pemahaman tentang Islam dalam bentuk yang tidak sepenuhnya. Disamping itu,mentaliti yang seolah-olah masih terjajah dan kehidupan yang masih serba terkebelakangdan dibelenggu kemiskinan membuatkan orang Islam menjadi lemah. 5 Keadaan seperti ini menimbulkan masalah pada dakwah, sebab ia membuatkan sasaran sukar untuk membedakan antara keaslian Islam dan pokok tambah terhadapnya. hal ini juga menyulitkan sasaran untuk menentukan yang mana satu adat warisan yang diterima oleh Islam dan yang mana satu pula ditolak.

Masalah kedua, ialah pengaruh Barat yang menebal dikalangan orang Islam. Ini disebabkan oleh hampir keseluruhan masyarakat Islam pernah dijajah oleh penjajah Barat. Walaupun sekarang semua Negara Islam telah merdeka , namun kesan daripada penjajahan fikiran masih wujud. Oleh kerana penjajah-penjajah yang pernah menguasai negara-negara Islam terdiri daripada orang Kristian Barat yang kebanyakan sistem nilainya tidak sama dengan sistem nilai Islam, pemikirannya tidak sama dengan pemikiran Islam dan cara hidupnya tidak sama dengan cara hidup Islam, maka pemikiran dan perwatakan masyarakat Islam sehingga sekarang banyak yang bercanggah dengan yang dianjurkan oleh Islam. Untuk mengikis pengaruh yang dianggap telah tersebar seperti ini memerlukan usaha yang lebih, karena terpaksa menghadapi banyak masalah yang merintang.

Masalah ketiga, ialah pengaruh kebendaan yang agak menebal dikalangan setengah masyarakat Islam. Oleh kerana kebanyakan negara Islam mempunyai kedudukan ekonomi yang baik, maka pengaruh tersebut sukar untuk diatasi setelah ia ditanam begitu lama oleh pihak-pihak yang memusuhi Islam. Pengaruh tersebut menjadi masalah pada dakwah disebabkan Islam itu satu agama yang mementingkan bukan sahaja kesenangan di dunia malah juga kesenagan di akhirat. Ciri-ciri yang dibabawa oleh Islam seperti ini akan berkembang dengan jiwa kebendaan yang melihat kesenangan bagi manusia itu semata-mata ada di dunia saja. Usaha dakwah untuk menjaga kepentingan akhirat akan ditentang oleh pengaruh ini atau paling tidak golongan ini akan sukar menerimanya.

Masalah keempat, perpecahan dikalangan umat Islam. Rata-rata umat Islam di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam sendiri berpecah menjadi beberapa kumpulan. Akibat daripada perpecahan ini banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah . Banyak sebab mengapa umat Islam berpecah . antaranya ialah kerana lahirnya berbagai-bagai parti politik dan pertubuhan dakwah, sedangkan sebagian daripada umat Islam adalah jahil tentang Islam dan banyak yang buta huruf. Disamping itu, orang Islam mempunyai sifat takjub kepada pemimpin. Akibat daripada perpecahan ini, dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan kumpulannya .

Masalah kelima, ialah wujudnya anggapan bahawa tanggungjawab dakwah bukan urusan setiap orang Islam . dengan adanya anggapan sedemikian dikalangan orang-orang Islam sekarang , maka tugas dakwah dibiarkan kepada sekumpulan orang saja. Kerjasama dan pertolongan sukar diberi oleh golongan yang beranggapan demikian, walaupun golongan ini memiliki benda-benda yang berguna kepada dakwah. Akibatnya, dakwah menjadi tidak bermaya, menghadapi banyak kekurangan dan tidak profesional.

Masalah keIslaman dikalangan orang Islam sendiri masih belum selesai. Malah, usaha ke arah itu adalah sama pentingnya dangan usaha pengIslaman dikalangan masyarakat bukan Islam kerana kalau tidak ia boleh menjatuhkan imej Islam yang nanti akan meliarkan masyarakat bukan Islam untuk berjinak-jinak dengan Islam. Masalah dikalangan masyarakat Islam sekarang adalah sangat banyak dan sebab itulah lahirnya tokoh-tokoh dakwah seperti Hasan al-Bana, al-Mawdudi,al-Nursi dan Ibn Badis.

0 komentar:

Posting Komentar

 

MAHDI MUSTHAFFA © 2008. Design By: SkinCorner